Tuesday, February 5, 2013

Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

 Assalamualaikum.. =)
apa perasaan kita kalau...
1. seseorang yang nak guna barang kita tapi tak nak minta izin.
2. seseorang yang dah guna barang kita tanpa minta izin.
3. seseorang yang dah guna barang kita tapi tak berterim kasih.
4. seseorang yang dah guna barang kita tapi buat macam hak sendiri.
5. yang paling teruk, seseorang yang dah buat empat2 di atas tapi tak minta maaf pun dekat kita.

mesti kita akan marah bukan? Pasti kita akan meminta agar memulangkan barang kita bukan? dan mungkin kita akan mengambil semula barang kita itu bukan?

Cuba fikir sejenak...
Jika kita boleh marah jika diperlakukan seperti itu..kenapa tidak Allah S.W.T yang memiliki segalanya di dunia ini bahkan diri kita sendiri.

1. Boleh ke kita berjaya tanpa memohon pertolongan dari Dia yang Maha Kaya?
2. Adakah Allah akan memberikan kita apa yang kita impikan jika kita tidak merayu (berdoa) pada-Nya?
3. Tidakkah adil jika Allah menarik balik nikmat yang telah Dia berikan jika kita tidak berterima kasih (bersyukur)?
4. Mampukah kita hidup jika kita memulangkan apa yang kita 'pinjam' dari-Nya yang merupakan Pemilik segalanya termasuk roh dan jasad kita?
5. Tidakkah Allah itu Pemaaf kerana kita masih diberi kesempatan untuk hidup dan menikmati nikmat walaupun tidak pernah/terlupa memohon maaaf (taubat) pada-Nya? 
 Renung-renungkanlah dan selamat beramal.. =)