Thursday, September 15, 2011

SEEKERS


Seekers?? hurm...
kita sering menonton rancangan yang menjejaki perkara-perkara ghaib seperti roh-roh dan makhluk halus...pernah tak kita terfikir..bahawa semua itu hanyalah mainan syaitan untuk membuatkan kita lagha/lalai..Lailahailallah..
Tiada Tuhan melainkan Allah..

Aku tersedar semua ini selepas aku membaca satu blog bernama Allah Seeker..
Kebanyakan dari kita lebih suka menghabiskan masa di depan TV menonton rancangan seram daripada mencari Keredhaan Allah...Na'uzubillah...
kita lupa akan solat Isyak dan menonton cerita2 seram sehingga lewat malam..kemudian meninggalkan solat Isyak kerana nafsu mata yang inginkan tidur..ini semua bisikan syaitan..Astarghfirullahalh'azim..

Aku juga sedar..bahawa blog aku tidaklah begitu menyentuh hati..jadi aku sarankan untuk membaca Blog nie http://allahseeker.blogspot.com
Semoga Allah memelihara kita semua dari kesesatan di dunia dan akhirat..Amiin.. =)

Thursday, August 11, 2011

Nama


Aku hanya seorang wanita biasa..
Sejak dari kecil aku diberi didikan yang baik..sehingga kini menjadi seorang wanita bekerjaya....
Hari demi hari aku menjadi semakin dikenali oleh majikan2 ku dan rakan2 lain..
aku berasa selesa dengan pujian yang di beri kepadaku setiap hari..tidak kira dari segi kelakuanku,kerjaku, mahupun pakaian ku..aku kini berasa megah..Aku telah di naikkan pangkat berkat usahaku sendiri..Aku mula lupa akan diriku..aku membeli pakaian yang boleh menarik perhatian..semakin lama semakin menarik setiap mata2 yang memandang..terlalu bangga dengan apa yang aku miliki..aku semakin lupa akan tanggungjawab ku sebagai seorang muslimah..

Aku berpakaian yang agak mengikut tubuh..dahulunya berbaju kurung dan aku pin tudung ku menutup dada..namun,aku semakin lalai..syaitan sentiasa memujukku untuk mengikut jejaknya..aku mula terpedaya..aku berbaju tapi mengikut tubuhku..aku bertudung tetapi telah melihatkan apa yang perlu di tutup (leher hingga dada)..

Kini aku sering mengejar
NAMA dan sering bermegah...suatu hari..aku terjumpa sebuah buku yang berjudul Aurat Mahkota Wanita..hati ku tertarik untuk membacanya..aku tatap helai demi helaian..Ya Allah..hati ku berdetik..sesungguhnya aku semakin menjauhi Mu...
Mengalir air mataku...

Aku sedar..aku mulai sedar..aku semakin lalai dengan dunia yang hanya sementara..aku sering mengejar waktu untuk melakukan kerja-kerja di pejabat namun sering melengahkan waktu untuk solat pada Yang Esa....Aku lebih mengejar NAMA di dunia..aku lupa akan diriku sebagai seorang hamba kepada Yang Maha Besar...

Ya Allah...aku bertaubat..aku bersyukur padaMu Ya Allah...sesungguhnya Engkau telah menyedarkanku akan dosa2 ku...Ampuni lah diriku...Kini aku tidak lagi mengejar NAMA di dunia ini..aku hanya bersedarhana kemana sahaja aku berada..akan ku pelihara aurat ku dan belajar menjadi muslimah yang sejati..

Kini apa yang aku kejar kan ialah NAMA...NAMA sebagai hamba yang soleh disisiMu Ya Allah..Tiada yang lebih baik dari menjadi seorang hamba di sisi Mu.. Aku sedar..mencari NAMA di dunia adalah sesuatu yang sia-sia..Mencari NAMA di sisi Allah sebagai hamba yang taat adalah sesuatu yang sangat mulia...Aku ingin Dia, penciptaku mengenaliku..tiada apa yang ku harapkan selain berbuat amal ketika di dunia agar aku menempah NAMA sebagai hamba yang taat pada akhir zaman kelak..

Amiin~...

Tuesday, June 21, 2011

Allah S.W.T Maha Adil



Seorang ibu sedang duduk menyulam kain.
Kemudian, datang anak kecilnya yang keletihan bermain. Anaknya meletakkan kepalanya di atas riba ibunya lalu melihat sulaman ibunya dari bawah. bertanya anak itu kepada ibunya "ibu,apa yang sedang ibu lakukan?" jawab ibunya "Ibu sedang menyulam kain anak ku". Lalu anaknya berkata "Eee..buruknya kain ini,ibu"
Ibunya tersenyum dan berkata "masih belum selesai anakku". Kemudian berlalulah pergi anaknya bermain semula.

Beberapa hari kemudian, telah pun selesai kain sulaman ibunya itu. Dihamparkan di tengah-tengah ruang rumah. Anaknya melihat hasil sulaman itu, di lihatnya sepohon pokok yang rimbun di penuhi buah-buahan dan 2 ekor burung yang sedang membina sarang, lalu berkata " Cantiknya Ibu, Indahnya sulaman di kain ini.." Si Ibu hanya tersenyum.

~ Pengajaran dari Cerita ini:

Beginilah kehidupan manusia..kita berada di bawah seperti si anak yang melihat sulaman ibunya yang sarat dari bawah ketika belum selesai sulaman ibunya namun hanya Allah S.W.T yang mengetahui dari atas apa yang dilakukan..walaupun dari bawah kita berasa susahnya kehidupan,sulitnya berada di dunia..namun itu semua takdir ketentuan Ilahi yang Allah S.W.T rancang untuk kita bagi hasilnya di akhirat kelak seperti kain hamparan ibu kepada anak itu yang sangat indah setelah selesai..oleh itu..tabahlah kita mengahadapi ujian-Nya..InsyaAllah mudah-mudahan diberkati oleh Allah S.W.T..

Monday, June 13, 2011

Kanan itu berkat..

Hadis Aishah r.ha. katanya : "Rasulullah s.a.w. menyukai amalan menggunakan anggota sebelah kanan semasa memakai sepatu,menyikat rambut,bersuci dan semua urusannya."

Hadis ini menunjukkan salah satu ajaran Islam yang sering ditekankan oleh Nabi s.a.w. Sebenarnya, dalam apa-apa sahaja amalan atau pekerjaan yang baik, kita di sunatkan melakukannya dengan anggota kanan seperti makan,mengambil,memberi,masuk ke dalam masjid,bersalaman,menyikat rambut dan seumpamanya.

Kenapa Dilarang Menggunakan Anggota Kiri?

1. Kiri adalah amalan dan kebiasaan syaitan.
2. Sifat takabbur
3. Kebersihan Makanan
4. Keberkatan mengikut Sunnah

~masih di dalam penulisan

Friday, February 4, 2011

Allah telah perkenankan doaku..



setelah sekian lama tidak berjumpa..akhirnya..seorang wanita yang kaya (wanita A) bertemu seorang rakannya yang sederhana orangnya (wanita B)..

Wanita A: Assalamualaikum..wahai temanku..
Wanita B: Wa'alaikumussalam warahmatullah..
Wanita A: wahai sahabatku..adakah hidupmu baik?
Wanita B: Alhamdulillah..baik..wahai temanku..
Wanita A: Wahai temanku..tidak kah engkau mengharapkan hidup seperti diriku?
Wanita B: wahai temanku..aku bersyukur di atas rezeki yang Allah S.W.T tetapkan kepada diriku sekeluarga..
Wanita A: tidakkah engkau berdoa agar sentiase dimurahkan rezeki untuk mu wahai sahabat ke?

Wanita B hanya berdiam dan tersenyum..

Wanita A: wahai temanku..Allah sentiase memakbulkan doa ku..pada ketika dulu..
aku seorang yang miskin dan kini aku menjadi seorang yang berharta berkat doaku..
bukan itu sahaja..ketika suamiku sakit..aku sentiasa berdoa agar suamiku sembuh..Alhamdulillah..Allah memperkenankan doaku...
Wahai sabahatku, adakah doamu di makbulkan?
Wanita B: wahai teamnku..aku tumpang gembira di atas rezeki mu..

Wanita B tersenyum lalu berlalu pergi...

Keesokan harinya..mereka bertemu kembali..

Wanita A: Assalamualaikum..
Wanita B: Wa'alaikumussalam Warahmatullah..
Wanita A: Wahai sahabatku.. aku ingin memohon maaf di atas pertanyaan ku tempoh hari..
Wanita B: wahai temanku..aku tidak berasa hati..dan aku sentiasa memaafkanmu..
Wanita A: wahai temanku.. bolehkah aku bertanya sesuatu?
Wanita B: tanya lah wahai temanku..andai aku mampu memberikan jawapan di atas persoalan mu itu..
Wanita A: mengapa engkau berdiam lalu senyum ketika aku bertanya akan doamu?
Wanita B: (senyum) sesungguhnya.. Allah telah memperkenankan doaku..
Wanita A: apakah doamu wahai temanku?
Wanita B: aku berdoa agar Allah memperkenankan doa teman ku..iaitu kamu..

Wanita A tersedar bahawa dia selama ini hanya riak di atas doa-doa nya.. namun..
di sebalik doa-doa yang telah di makbulkan.. ada yang berdoa agar di makbulkan doanya..

~ Ya Allah..semoga aku di jauhi dari sifat2 keji.. Amiin...